8 DISEMBER 2020 - SRIDI Kota Putera telah menganjurkan Pertandingan Hafazan, Tilawah dan azan secara alam maya bagi mencungkil bakat para pelajar dan menanam minat terhadap ilmu Al Quran
Sesuai dengan kemajuan teknologi masa kini, SOP PKPP bukanlah menjadi halangan bagi pihak Sekolah untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang agar proses pembelajaran dan Pengajaran di rumah (PDPr) dapat berjalan dengan lancar
Justeru, Pelbagai program telah dirancang oleh pihak sekolah selain dari kelas pembelajaran secara alam maya, Aktiviti pelajar seperti e-sukan , e-hafazan dan e-tilawah telah dibentuk dan akan dilaksanakan sebelum cuti sekolah bermula pada 17 Disember ini
Penganjuran program seperti ini akan memberi semangat dan kesungguhan kepada para pelajar SRIDI untuk fokus dalam pembelajaran dan berjaya menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang
Kerjasama Guru dan Ibu Bapa yang diberikan amat baik dan memuaskan. Kerjasama yang hebat ini pasti akan memberikan kesan yang positif terhadap para pelajar untuk membiasakan diri dengan pembelajaran konsep alam maya ini
Program IHTIFAL JILUL QURAN peringkat SRIDI kota Putera akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir pada 9 Disember 2020
Comentarios