Kota Putera 18 jan 21 - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kota Putera telah mengadakan sesi taklimat dan perjumpaan bersama ibu bapa secara atas talian
Perjumpaan kali ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada ibu bapa penjaga pelajar tentang struktur keseluruhan pendidikan Norma Baharu yang akan dilaksanakan bermula 20 Januari 2021
Kehadiran dan sambutan dari ibu bapa amat memberangsangkan. Kehadiran ibu bapa yang menyertai perjumpaan secara alam maya ini sebanyak 90% kehadiran
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Izzuddin di susuli taklimat oleh GPK Hal Ehwal Murid (Hem) dan GPK Kurikulum seterusnya ucapan dan sesi soal jawab bersama Tuan Guru Besar SRIDI Kota Putera Tn Hj Mohd Zuhasnan Bin Abdullah
"Dalam ucapannya Tn Guru Besar menyifatkan proses pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR) harus dibiasakan hasil kerjasama para guru dan ibu bapa sebagai usaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak"
Ibu Bapa yang hadir bersama perjumpaan Alam Maya mencurahkan ribuan terima kasih di atas inisiatif pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat dan pendedahan sesi persekolahan norma baharu 2021
Comments