KOTA PUTERA : Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kota Putera menerima lawatan pematuhan SOP oleh pihak PDRM cawangan IPD daerah Besut hari ini
Pihak PDRM berpuas hati dengan tatacara pengurusan sekolah pasca COVID 19 yang diamalkan di SRIDI Kota Putera
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk memastikan keadaan sekolah dalam keadaan terbaik dan selamat bagi tujuan Pembelajaran dan Pengajaran
SRIDI Kota Putera mengoptimumkan penggunaan ICT di sekolah untuk melancarkan program - program yang telah dirancang
Sebagai contoh program sambutan Bulan Maulidur Rasul yang dijalankan di sini, sepenuhnya menggunakan platform ICT dan dipancar di setiap kelas untuk mengelakkan perhimpunan pelajar
Begitu juga dengan Perhimpunan Mingguan pelajar setiap hari ahad. Pelajar akan mengikuti ucapan Guru Besar dan Penolong Kanan secara Visual yang ditayangkan di dalam Televisyen yang ada di setiap kelas
Inisiatif ini dibuat oleh pihak sekolah sebagai nilai tambah kepada proses pembelajaran agar anak anak pelajar seronok dan gembira untuk hadir ke sekolah dan belajar dan mengikuti setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
Comments