top of page
Search
Writer's picturesridikampungraja

Tuan Guru Haji Muhammad Kuala Besut - Tokoh Ulamak Sepanjang Zaman Bumi BESUT


Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Kuala Besut ( 1880 - 1971 )


Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Bin Haji Hussien Bin Haji Mohammad Amin dan beliau dilahirkan di Tnat Dang, Yala, Patani. Ayahnya, Tuan Guru Haji Hussien Kampung Lampu adalah seorang ulama' yang terkenal di Besut sekitar 1900an dan pengasas Pondok Kampung Lampu yang terkenal itu.


Beliau berhijrah dari kampung kelahirannya ke Besut bersama ayahnya ketika berusia belasan tahun. Tuan Guru Haji Muhammad mula mendapat pendidikan asas dari ayahnya sendiri. Kemudian beliau mengikuti ayahnya berangkat ke Mekah.


Diantara gurunya ialah :


1. Tuan Guru Haji Hussien Kampung Lampu - Ayahnya

2. Pak Cik Daud al-Fathani @ Syeikh Wan Daud Bin Wan Mustaffa al-Fathani


Ketika di Mekah, beliau bersahabat dengan Tok Kenali dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong.


Tuan Guru Haji Muhammad pulang ke tanah air pada tahun 1917 setelah mendapat berita bahawa ayahnya sedang sakit tenat. Lalu ayahnya telah mewasiatkan kepada beliau agar menerajui Pondok Kampung Lampu. Namun, setelah kewafatan ayahnya, beliau sempat mengajar selama setahun sahaja sebelum berpindah ke Kuala Besut.


Beliau telah mendirikan sebuah masjid di Kuala Besut hasil bantuan penduduk kampung. Disitu, Tuan Guru Haji Muhammad mula mengajar dan lama kelamaan, sebuah pondok pengajian didirikan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.


Diantara anak muridnya ialah :


1. Tuan Guru Haji Abbas Tok Jiring

2. Tuan Guru Haji Wan Abdul Latiff Jertih


Tuan Guru Haji Muhammad meninggal dunia ketika berusia 91 tahun dan dimakamkan di Masjid al-Jamhuriah, Kuala Besut.


Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin


Sumber - Ulama Terengganu Suatu Sorotan





203 views0 comments

Comments


bottom of page